Monday, October 4, 2010

Syarat-syarat untuk memiliki Airsoft

seperti yang En Alpha Wolf Tango Whiskey cakapkan didalam comment beliau, sebenarnya didalam proposal yang saya sedang siapkan, semua perkara tu dah memang sedia ada. sebagai contoh; Bagi ahli yang ingin membeli, memiliki dan menyimpan, mereka hendaklah memberi dokumen2 seperti yang berikut kepada kelab bagi tujuan keselamatan:


1.Berumur 18 tahun dan keatas sahaja.

2.Diwajibkan berdaftar sebagai ahli kelab.

3.Pembelian hendaklan melalui kelab SAHAJA.

4.Setiap pembelian wajib disertakan dengan
  salinan kad pengenalan ,slip gaji 3 bulan
  terkini*, surat jawatan tetap*,penjamin dan 3
  keping bil elektrik/air bagi tujuan pengawalan
  dan keselamatan.

  - Slip gaji RM1,000.00 kebawah  = 3 orang penjamin.
  - Slip gaji RM1,500.00  kebawah = 2 orang penjamin.
  - Slip gaji RM1,800.00 kebawah = 1 orang Penjamin.
  - Slip gaji  RM1,800.01 keatas = Tanpa penjamin.

  - bagi yang bekerja sendiri (tiada Payslip/surat penetapan jawatan) = 3 orang penjamin.

5.Setiap Airsoft diwajibkan berdaftar melalui kelab masing-masing.

6.Dilarangan menggunakan Airsoft dari 8.00pm – 9.00am kecuali mendapat keizinan dari Kelab/pihak
   berkuasa bagi tujuan permainan malam (Night Game).

7.Setiap pemilik Airsoft diwajibkan melaporkan status Airsoft masing-masing kepada kelab setiap 4 bulan.
   Dan seterusnya kelab akan melaporkan status Airsoft yang didaftar kepada pihak berkuasa setiap 6 bulan.

8.Diwajibkan menyerahkan Airsoft kepada Balai polis berhampiran/kelab sekiranya keahlian lucut (dengan
   kerelaan) atau dilucutkan (kerana melanggar peraturan seperti perilaku jenayah).

Berikut merupakan petikan yang saya ambil didalam proposal yang saya sedang siapkan. Mungkin agak menyukarkan bagi sesetengah pihak tetapi inilah cara yang terbaik bagi meyakinkan pihak2 tertentu untuk tujuan legalizekan sukan airsoft di negara ini. Dan berkemungkinan syarat yang ke -7 akan dibatalkan jika mendapat persetujuan dari pihak berkuasa.

12 comments:

  1. Hi,

    Bagaimana kalau saya tinggal di JB dan ingin join kelab ini? bleh ke tak bleh?

    ReplyDelete
  2. Salam.. tiada had bagi sesiapa yang ingin join kelab ni.kesanggupan saudara/saudari untuk memberikan komitmen sahaja yang perlu ada.. ty

    ReplyDelete
  3. Bagus Bagus. Menerut comment dari post "Ahli Diperlukan" untuk menubuh kelab ini.

    I ingin nak join Tuan, Tuan nak jumpa i Di JB?

    ReplyDelete
  4. Wow, menarik bro proposal ko nih. Cuma aku nak tanya, airsoft ni biasanya didatangkan dgn no. siri ke tak? klu yg plastik bb gun slalunya xde, kalau yg full metal AEG ke blowback gas ke menurut pngalaman ko ada ke tak bro? sebabnya, klu xde no. siri, sukar nak buat pemantauan/pengesanan pemilik jika airsoft tu disalahguna utk tujuan x elok... kalau ada, memang xde alasan la gomen klu xnak bagi pelepasan.. anyway, semoga maju jaya bro!

    ReplyDelete
  5. bagus soalan tu...Sesetengah daripadanya mempunyai Serial Number dan tidak terkecuali sesetengah daripadanya tidak memiliki serial number. Secara kebiasaannya setiap airsoft yang didatangkan bersama dengan "warranty" mempunyai "unique serial number" mereka sendiri bagi rujukan pengilang Airsoft tersebut. Antara contoh jenama yang mempunyai serial number ialah Classic Army dan ICS. :)

    ReplyDelete
  6. En.Anonymous, saya ada plan nak ke JB tapi tak pasti lg samada jadi ataupun tidak...itu pun untuk beraya kat rumah family angkat je. Andai kata tak jadi susah gak kan? lebih mudah kalau En.Anonymous jumpa saya je kat KL ni ha..lg pn sebagai ahli, En.Anonymous perlulah memberikan komitmen bukan gitu? Antara syarat2 penubuhan Kelab adalah setiap AJK dan ahli2 yg lain wajib menghadiri Meeting tahunan mengikut kouta yang telah ditetapkan.. :)

    ReplyDelete
  7. Anyway...merujuk kepada perbincangan mengenai serial number, sebenarnya Kelab boleh melakarkan sendiri serial number kat airsoft itu sendiri dan merekodkannya.. alat sedemikian banyak dijual di sekitar jalan pasar :D

    Seandainya pemilik menukar sendiri serial number tu (tak kira dgn cara apa sekali pun..) samada serial itu datang dari kilang ataupun dilakarkan oleh kelab, itu dah declare sebagai menyalahgunakan airsoft kan? So mengikut perlembagaan kelab, airsoft itu wajib diserahkan kepada pihak tertentu...

    ReplyDelete
  8. Hmm, kalau i nak contact Tuan melalui MSN atau Facebook bleh tak?

    ReplyDelete
  9. boleh... msn mmg tak pakai langsung. tapi facebook ade la gak seminggu 2-3 kali. add je melalui facebook kalo nak.

    FB name: sudir man
    FB email: loan_basikal@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. Whoa... Looks kinda complicated...

    Penjamin? Omg... Can I ask why?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.