seperti yang En Alpha Wolf Tango Whiskey cakapkan didalam comment beliau, sebenarnya didalam proposal yang saya sedang siapkan, semua perkara tu dah memang sedia ada. sebagai contoh; Bagi ahli yang ingin
membeli, memiliki dan menyimpan, mereka hendaklah memberi dokumen2 seperti yang berikut kepada kelab bagi tujuan keselamatan:
1.Berumur 18 tahun dan keatas sahaja.
2.Diwajibkan berdaftar sebagai ahli kelab.
3.Pembelian hendaklan melalui kelab SAHAJA.
4.Setiap pembelian wajib disertakan dengan
salinan kad pengenalan ,slip gaji 3 bulan
terkini*, surat jawatan tetap*,penjamin dan 3
keping bil elektrik/air bagi tujuan pengawalan
dan keselamatan.
- Slip gaji RM1,000.00 kebawah = 3 orang penjamin.
- Slip gaji RM1,500.00 kebawah = 2 orang penjamin.
- Slip gaji RM1,800.00 kebawah = 1 orang Penjamin.
- Slip gaji RM1,800.01 keatas = Tanpa penjamin.
- bagi yang bekerja sendiri (tiada Payslip/surat penetapan jawatan) = 3 orang penjamin.
5.Setiap Airsoft diwajibkan berdaftar melalui kelab masing-masing.
6.Dilarangan menggunakan Airsoft dari 8.00pm – 9.00am kecuali mendapat keizinan dari Kelab/pihak
berkuasa bagi tujuan permainan malam (Night Game).
7.Setiap pemilik Airsoft diwajibkan melaporkan status Airsoft masing-masing kepada kelab setiap 4 bulan.
Dan seterusnya kelab akan melaporkan status Airsoft yang didaftar kepada pihak berkuasa setiap 6 bulan.
8.Diwajibkan menyerahkan Airsoft kepada Balai polis berhampiran/kelab sekiranya keahlian lucut (dengan
kerelaan) atau dilucutkan (kerana melanggar peraturan seperti perilaku jenayah).
Berikut merupakan petikan yang saya ambil didalam proposal yang saya sedang siapkan. Mungkin agak menyukarkan bagi sesetengah pihak tetapi inilah cara yang terbaik bagi meyakinkan pihak2 tertentu untuk tujuan legalizekan sukan airsoft di negara ini. Dan berkemungkinan syarat yang ke -7 akan dibatalkan jika mendapat persetujuan dari pihak berkuasa.