Monday, November 22, 2010

FORUM REGISTRATION

Pendaftaran forum akan di approvekan secara automatik utk non-official members.

untuk menjadi official member, mesti baca dalam topic "Official Member Application" dalam topik "Recruit's Quarter" dalam tu ada cara2nya mcm mana... tapi apa2 pun daftar jadi non-official member dulu.

PERINGATAN:

pengurusan forum ASC akan melakukan 'pembersihan' senarai ahli SEBULAN sekali. mana2 ahli yg idle selama sebulan yakni tak terlibat secara aktif dalam forum akan 'dibersihkan'. pendaftaran akan dibatalakan.

terima kasih.

Sunday, November 21, 2010

BDU color poll dalam forem.

Jadi members sila la ke sana dan jalankan kewajipan anda. Vote wisely and take every aspects into consideration.

Saturday, November 20, 2010

Forum launched...


The forum is up and running.

Please visit http://airsoftshootingclub.forumclan.com and start registering as forum members.

Please read the rules & regulations in the "Recruit's Quarter" topic.

Club members that already give their particulars to Lizard, are also required to submit the needed documents for club's database and to obtain the status as Official ASC Members.

Please read the related topic in the forum for more details.

This blog will be close soon and the forum will replace it.

Harap maklum.

Wednesday, November 17, 2010

Meeting di Kelana Jaya!

Sudah tukar!

Meeting hari jumaat malam sabtu ni kita buat di area BUKAN di Sg. Buloh sebaliknya di KELANA JAYA.. So kepada sesiapa yg nak bawak kengkawan dari KDN/Bukit Aman, sume dijemput... segala info berkenaan dengan meeting bersama Tunku akan di exposekan. So sila la hadir kalau nak tau.. Ty.

Jumaat malam sabtu (19/11/2010)
SgBuloh  KELANA JAYA
Pukul 8.00pm
anything just call me la.. 019-6951043 and me too la 019-3380933 (suppress) for exact location.

Please bring along PEN & PAPERS to write down important notes.
Food and drinks are not provided. Pay your own food and drinks. Thanks.

Monday, November 15, 2010

CLUB UNOFFICIAL MEETING / TT SESSION

Salam semua.

Kelab akan mengadakan mesyuarat tak rasmi dalam masa terdekat untuk membincangkan beberapa perkara penting dan diharapkan semua ahli dapat memberikan kerjasama dan menghadirkan diri dengan ikhlas dan penuh senyuman manis yg menawan.

Mesyuarat akan membincangkan beberapa perkara penting yg kendian akan diterangkan ketika mesyuarat.

Tarikh: 19/11/2010
Masa: 8.00pm (jangan lewat)
Lokasi: Kelana Jaya (please call Lizard for exact location)

Saturday, November 13, 2010

Latest Update on Lizard meeting with IPSC

Setelah perjumpaan dengan Presiden IPSC Malaysia berjalan lancar, Lizard menerima response yg sangat memberangsangkan.

Antara lain ialah Kelab ini akan didaftarkan dibawah IPSC dan IPSC juga akan membuka satu division airsoft yang berdaftar di bawah kita untuk menubuhkan kelab airsoft di Johor.

Presiden IPSC bersetuju untuk melanjutkan isu menghalalkan airsoft di Malaysia kepada Dato' Sri Hishamuddin Onn agar satu tindakan konkrit dapat diambil agar isu ini dibangkitkan secara positif serta merangka samada akta atau satu undang2 khusus untuk menghalalkan airsoft.

Ada beberapa isu lagi yg dibincangkan ketika perjumpaan tersebut yg kendian akan diterangkan lbh detail lagi oleh Lizard.

Beliau mengucapkan terima kasih pada yg membantu serta beliau kirim salam je pada semua disebabkan beliau masih di Johor dan xde akses kepada internet.

Satu langkah lagi mendaki puncak dan tak lama lagi sampai la tu!

-Suppress

Thursday, November 11, 2010

latest UPDATE from IPSC...

Dear En. Muhaymin,

With reference to you request below and our upcoming meeting this Saturday, please kindly bring along your working papers, proposal, requests and also all relevant paperwork and certification where applicable by the Sports Ministry of Malaysia as I would like to go through them before I give my approval or consent.

Looking forward to meeting up with you.

Regards,

YBM Tunku Abd. Jalil Osman
Regional Director
IPSC Malaysia
DVC

Financial Assistance Needed

Encik Lizard Hunter akan mengadap Presiden IPSC Malaysia weekend nih di Johor untuk mintak recognition & jugak recommendation demi melancarkan usaha ke arah legalization sukan airsoft di Malaysia.

Oleh kerana nak kesana memerlukan perbelanjaan yg boleh tahan seperti transportation dan penginapan, dan memandangkan saudara Lizard Hunter pun sedang agak kenipisan saat nih, maka mohon jasa baik sesiapa sahaja terutamanya ahli kelab untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk wang ringgit seikhlas yang mungkin.

There's no amount too small dan semoga Tuhan membalas jasa baik kalian.

Sumbangan ikhlas boleh la disumbangkan melalui akaun CIMB:

12290089937521 Muhaymin bin Ali


atau ke akaun Maybank:

162740109058 Nurul Dalilah bt. Ali


Sekian, terima kasih.
-Suppress

Cancel...

Everything yg plan nak buat on Saturday dgn Sunday ni, Cancel... i nak kene Jumpa dgn Pengarah IPSC Malaysia berkenaan Airsop kat Johor.. sowwie...

Wednesday, November 10, 2010

adik + abang

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu....hmmm..;(Boleh like, share, comments.:)

 Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

 “Khas buat abangku,Abg, ko ingat lagi x..Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada  satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

 “ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

 Ko ingat x..

 Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

 Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku. Abg, ko ingat x.. Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

 Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

 Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..
Abg,
Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..Salam sayang,
 Adik.”

 Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

 “Assalamualaikum.
.Kehadapan adikku yang jauh di mata ..Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

 Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

 Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..
 Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

 Adikku sayang
,siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

 Adikku sayang,
aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

 Sayangku..
Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

 Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan....

- Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.
-Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.
-Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.
-Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.
-Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
-Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

 Adikku sayang..sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..Salam sayang sedalam-dalamnya,Abang.”

 Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku…

Komitmen aku...

Salam,

Aku merupakan salah seorang Ambassador product baru TM "UNIFI" kalo korang tak caye, check sendiri melalui TM nye DB. Sejak berkecimpung dalam proses legalization ni, to be honest, every meeting UNIFI ambassador, aku skip pegi nganta borang lah, pegi IPD la...IPK la..Bukit Aman la.. sampaikan aku pn dah terkantoi dgn boss sendiri. TM Berhad ada satu system evaluate staff nye performance...so dlm system tu performance aku mmg drop...under 40% means...aku takkan dpt nyambung kontrak sbg staff TM menjelang hujung bulan 3 nanti...  Tapi aku tak penah pn merungut pasal memang ni projek yg aku sendiri buat..so kene tanggung. Sebagai manusia yg ada otak, atlease appreciate la sikit usaha aku yg tak seberapa nih..jangan nak ngondem je. Aku pn ade gak hati dan perassaan..kalo korang dok kondem, ibarat usaha aku sebelum ni mcm sampah. Sape tak marah? Mungkin korang tak dapat rasa ape yg aku rasa...Project tak tentu lulus..tp Kerja dah tentu tamat bulan 3 nanti.. Bukan nak mintak simpati...tapi gunakan otak yang tuhan bagi. TOLONG fikirkan masalah orang...aku ade gak life. Kalau ikutkan hati, dah lama aku tinggalkan bende ni sume...tapi kenangkan members2 yg slalu sokong tu, aku go on gak.. Duit dah banyak habis setakat ni..aku tak penah mintak se-sen pn daripada korang! BISNES?? baru bercadang nak markup price airsoft, dah beribu orang kondem...tu pun markup bersebab.. Finally, pade sesape yg nak mengondem tu, aku mintak maaf awal2 lg pasal for sure aku akan melenting..pasal? bace balik kat atas tu ape masalah aku...sume dah cerita. Ty..wassalam.

Tuesday, November 9, 2010

respond dari PPSM

Baru je lps dapat surat cinta dari PPSM yg mengatakan;

Dengan ini dimaklumkan bahawa surat tuan berkaitan pendaftaran kelab telah selamat diterima dan telah mendapat perhatian pejabat ini untuk tindakan selanjutnya.

Daripada: Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia...

Hopefully everything will be fine la...anyway, sy nak sorang dua untuk teman jumpa Pengarah pesuruhjaya sukan nnt...untuk present tentang airsop..kalo ada experience tentang penbol pn ok la.. lebih kurang sama je 2-2 tu.. 

Monday, November 8, 2010

Barang baik punyer..

Black SWAT Knee + Elbow Pads



RM50 + postage

Klu nak kol/sms penjual:
ZAM 012-942 1869

Aku nak share je, tak dapat komisyhen pon. Sebab barang baik harga pun murah, baik geng2 rembat sebelum habis. Biasa aku jumpa pun dalam RM70-RM80.

Thursday, November 4, 2010

Sape yg nak join plss vote kat sbelah...

Vote skali je...less than 10, cancle je...ramai yg ada program katak lak tiba2...
VOTE SKALI JE

Call Of Duty!

DiceUp & GhostRecon report ur Sitrap to Alpha Kilo Uniform tut tut tut..

Date: 6 Nov 2010
Time: 9am
Mission: Seek & Destroy.
Location: CLASSIFIED..
FPS LIMIT 450FPS!

Wednesday, November 3, 2010

Tuesday, November 2, 2010

Video Request

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sesiapa dan barangsiapa yang hadir ketika sesi pembuatan demo utk suruhanjaya sukan, dan berkehendakkan video versi low res, sila email kepada hamba, pacal yg mulia di zairi.ismail@gmail.com

Sekian terima kasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Monday, November 1, 2010

DiceUp

Dapat hint dari kawan aku pasal problem AK smalam..

1. Shim tak buat leklok. So try buat shimming balik. kalo gearbox tu terlalu stress, fius leh tebakar gak.
2. Gearbox jam. Lebih kurang mcm kat atas tu gak la...
3. try bypass wire tgk leh gerak tak motor tu...kalo boleh, soh dia letak fius yg lagi besar...pakai yg kete kebal nye fius ke..kapal selam nye fius ke...
4. kalo takleh gak..tu dah mcm msg dari russia soh beli AK baru la tu :D

Sunday, October 31, 2010

pic & Vid

nnt sy upload pic dgn vid game tadi...sblm bg kat MSN, korang tgk la dulu :D

wtpe nti... masuk skrg arrr...

berposing before skirmish
posing after skirmish

*wajah para militan part-time terpaksa diblurkan demi kesihatan dan keselamatan masing2...

Friday, October 29, 2010

PROBLEM!!!

Problem la mcm ni...MASOC takleh turun pulak dah ha... So plss buat last desicion guys.... sape yg leh join game ahad ni, tolong reply comment kat bawah...yg BOLEH DATANG SAHAJA REPLY COMMENT.. 1 KOMEN JE... kurang 20 orang..aku ingat cancel je. Len kali la bg vid kat Suruhanjaya sukan...

Thursday, October 28, 2010

waaa~

hari ni leh melawat bilik senjata Polis ler... besh wooo. ingat nnt nak pinjam satu M16 dgn MP5..leh pakai dlm skirmish nnt :D

Wednesday, October 27, 2010

Thx to MASOC...they will join us :)

As i said...MASOC will join us for the skirmish :D
Happy war everyone!! lol

1st Skirmish

Location : Sg. Buloh (Classified)
Date : 31 Oct 2010
Time : 9 AM
Duration Time : Sampai muntah..
Fees : Free
Makan : Tanggung Sendiri.
Weapon : Sendirian Berhad. Type? Any... Nak pakai pedang pn boleh (Banzai)

1st Briefing: Saturday 10am. (Untuk pendedahan berkenaan dgn field)
2nd Briefing: Just before the game begin.. 9AM. (Strategy and Rules)

Perhatian!!

Oleh disebabkan terlalu ramai penghentam yg menggunakan "anonymous", saya akan menghalang semua comment yg menggunakan Anonymous. Oleh itu, sesiapa yg nak mengomen, sila sign in. Ty..

Monday, October 25, 2010

Game ON!

Suruhanjaya sukan nak mintak vid berkenaan dgn airsoft ni so sy ingat elok gak kalau kita buat satu game hunujng minggu ni.. bawak je airsoft yg ada. Kalo ada Marui Boy lg elok...tak la illegal kan?

Sunday, October 24, 2010

Tolong la...

Tolong la bg pendapat... which one yg elok, main kat tempat yg sama ke main kat tempat lain2?? Tapi dari security pe sume rasenye lg elok kalau kelab dibuat (CONTOH EY....) dalam kawasan tanah 3 ekar yg ada bukit, sungai dan ada singa sekali.

aiyoo~

Airsoft mmg ada jual...cuma pandai dgn tak pandai cari je. kalau pandai mmg jumpa. Memang sy tak jual bende2 mcm ni tp kalo beria-ria sgt nak smpai takleh tido malam tu, ha..senang je jawapannye. CALL

Friday, October 22, 2010

Wednesday, October 20, 2010

reminder

We wont have alot of update till we get the result from Suruhanjaya Sukan.. So lets have a little break lol havent get enough sleep lately :D

Another CHANGE...

The officer incharge want us to change the kelab name to Kelab Menembak Airsoft... Erhh..why? because for a club status, we cant use "malaysia". Unless it was a peringkat Kebangsaan one. Was wondering what is the "MASOC" means? Strange...really... oh noes..

Simple...

They like it..thats all i can say :) PLUS.. the new Pesuruhjaya sukan will start his duty on next month. lets play psycho a lil? if u r the new Pesuruhjaya sukan, what is the 1st thing u wanna do to start ur career? failing the permohonan?

Berangkat~

Ok guys..nak berangkat ke Suruhanjaya Sukan dah ni... harap2 presentation sy berjaya. Insyaallah..

Happy 20 10 2010~~~~~~~~~~~

Salam semua... harap2 hari yg pelik ni (20 10 2010) mendatangkan kejayaan pade kelab la ye? hehe... BTW sy rase lepas pada ni, semua comment negatif yg menggunakan "Anonymous" , di BAN je terus..nak comment negatif boleh tp tunjukkan identiti anda yg sebenar. jgn jadi mcm katak bawah tempurung..bunyi berani tp nak tunjukkan diri tak berani. Sorry for the threat.. Ty wassalam..

Final logo...

That will be our final punya logo.. since esok nak daftar kelab dgn Suruhanjaya Sukan.
Description pun senang..


Warna Merah melambangkan semangat yang waja.
Warna Putih melambangkan budi pekerti.
Warna Kuning melambangkan kedaulatan Negara.
Warna Biru melambangkan perpaduan ahli-ahli kelab.
Palang hitam (cross) melambangkan matlamat dan tujuan kami yang satu.

Patriotik sgt la pulak  :D

Monday, October 18, 2010

New Patch??


Terima Kasih byk2 pada En Zairi untuk patches baru ni... Nnt kita akan adakan mesyuarat untuk memilih patches yg terbaik..insyaallah.

Green Light~

Baru balik dari Bukit Aman...siap tertinggal buku nota lg. Habis sume No Fon.. Anyway, pegawai "Boss" bahagian perlesenan dah berkenan tentang cadangan kita bagi menubuhkan kelab so dia suruh buat permohonan lesen senjata api. Bagi proses ujikaji, tu belakang cerita.. Tapi kita kena proceed dulu permohonan untuk pendaftaran kelab. Atlease dah ada "hope" sikit dah kan? Saspend gak naik kat Bukit Aman bawak M1911 GBB tadi. Silap langkah 14 hari masuk kandang besi..Nasib baik officer tu baik sgt orangnye..

18 Oct 2010

Berhadapan dengan sedikit masalah dgn bahagian teknikal dimana Ketua Penolong Pengarah Jabatan logistik persenjataan sekarang ni tengah "outstation". Dia akan kembali bertugas pd minggu depan. So sy akan cuba contact dengan Pengarah Jabatan Logistik sendiri kalau bernasib baik. Kalau tak, terpaksa la tunggu smpai minggu depan... ish2.

Peringatan..

  Tujuan Kelab ni nak ditubuhkan adalah untuk meng"legalizekan" Airsoft DAN memang kelab ini tak pergi jauh lagi pun..status airsoft itu sendiri masih lg "illegal", kelab pun hanya boleh didaftarkan pada bulan hadapan.. Saya masih lg dalam usaha untuk menglegalizekan benda ni.

  Esok nak kene pergi ke Bukit Aman. Jadi jgn la buat tanggapan ataupun bagi comment yg menggambarkan betapa tak "bersekolahnya" si "pemgomen" tu sendiri. Sekali lagi saya ingatkan... saya masih lagi dalam proses untuk menglegalizekan benda nih.. Kalo tak suka, takpe. Sy takperlukan ramai sgt ahli yg berfikiran NEGATIF ni.. buat susah je nanti. Perlu diingatkan bahawa menurut Penolong ketua Setiausaha bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam (KK - KDN), lesen kelab perlu diperbaharui pada setiap penghujung bulan May.. bermakna kalau anda orang yg paham dgn apa yg diterangkan oleh pegawai tersebut, itu adalah Lesen Senjata Api! cuma saya tidak pasti sama ada lesen yg bakal diberikan itu jenis CNU /  guna je ataupun  import,jual, guna dan simpan.

  Memang diakui bahawa pegawai tersebut akan membantu.. untuk pengetahuan si pengomen negatif ni, PDRM adalah diibaratkan seperti Mahkamah Tinggi, dan KDN adalah diibaratkan sebagai Mahkamah Agung. Jika PDRM meluluskan tetapi ditolak oleh KDN, tak gune gak.. tapi kalo PDRM tolak, KDN lulus..ape lg?? jalan je la...Sy dah nak suapkan pn nak memberontak ke? ataupun ada sesetengah pihak yg happy dan mmg nak conquer sukan airsoft ni sorang2? Ingin sy ingatkan disini bahawa sy tak peduli langsung kalau ada sesetengah pihak yg nak main sukan ni secara underground.. Bagi kelab, kami akan bermain sukan ni mengikut undang2 yg akan diperuntukkan. Kalau KDN tak bg bawak balik, kami akan longgokkan mainan kami tu kat kelab. Senang dan tak banyak masalah. Banyak rahsia kenapa "team" yg sebelum ni gagal dalam usaha legalizekan airsoft. Nak tau?? datang kat office sy di tingkat 2 TM Exchange Kelana Jaya (sebelah balai polis). Ini sumber yg sy dapat melalui KDN dan PDRM sendiri.. Setakat ni je karangan sy..Ty.

Saturday, October 16, 2010

Salam..

Baru lepas ambik gambar kelab untuk diletakkan didalam proposal.. Just noticed yg kelab kita punya structure untuk spec bilik kebal dah cukup bagus sebab bumbungnya diperbuat daripada konkrit. So tak perlu diletakkan jeriri di ceiling. Cut cost...hehe. Thx to En Zairi sebab dia tolong banyak perkara hari ni. Dan akhir sekali, esok hari cuti :D so takde update..

Friday, October 15, 2010

Good News?

Tak tau la good or bad..tapi Proses pemilihan senjata untuk tujuan ujikaji dah diproceedkan kepada Bukit Aman . So hari Isnin ni kene gerak ke Bukit Aman.. Ty to Mr Han for sponsor his M1911 GBB for the test. Btw..the process flow is from IPD PJ - Balai  SS15 (the IPK team moved overthere as i told) - Bukit Aman (This Monday)

Attention~

Nama Kelab terpaksa ditukarkan daripada Airsoft Tanah Melayu (TMA) kepada Kelab Airsoft Malaysia oleh sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Tetapi address Blog tetap seperti sediakala iaitu http://airsofttanahmelayu.blogspot.com.. Sekian, Ty.

Thursday, October 14, 2010

Ujikaji..

Esok kita ada ujikaji Airsoft dengan pegawai Bahagian Teknikal Persenjataan PDRM dibawah arahan Ketua Polis Negara. Atlease kita dah maju selangkah..doa2 kan la berjaya..demi sukan airsoft. Amin..

Latest Update~

Buat masa ini, Bahagian perlesenan Bukit Aman cuma mahukan katelog Airsoft untuk diserahkan kepada bahagian Teknikal Senjata Api bagi tujuan ujikaji.. So kepada sesiapa yang mempunyai "link" bagi memuat turun Katelog Airsoft beserta dengan data teknik airsoft, sila info kepada saya..ty.

P/S: Tengah mabuk tengok peluru dgn firearms kat Elite Arms Store tadi..what the food..woohoo.

Update for today..

Lepas naik turun lift,tangga dan sebagainya... pihak PDRM mintak supaya ditukarkan nama kelab ni... for what?? pikir la sendiri. PDRM dah mintak sample yg nak diissuekan untuk kelab so sekarang permit bawak masuk bende alah tu dalam proses. Orang yg berfikiran negatif, eloknya main je airsoft kat dalam gua atau bawah tempurung...sorok2, Jangan bagi kena tangkap.. Sorry to say but thats what r u guys tunjukkan. Kenapa perlu ada isue "Perkauman" airsoft?? Yang newbie takleh main airsoft ke? Yang amatur je boleh? Tapi macam "amatur" ni main dalam kelambu je.. Newbie nak yg open sikit. Orang yang berfikiran positif, never give up.. Even officer yg i jumpe pn cakap, u'll get reject by the orang atas BUT never give up! KDN ada! Setakat ni harapan nak dapat tu tinggi lagi.WHY??? baru je tadi KDN dah argue dgn PDRM about siapa yg patut mengeluarkan "PERMIT IMPORT AIRSOFT".. For your info, Lesen Airsoft diklasifikasikan sebagai Lesen Senjata Api "Permainan" .Anyway..tak ramai members pn takpe. Senang nak pantau pasal PDRM memang tak bagi bawak balik pun.. Ikut peraturan macam Paintball yang sah. Simpan kat Kelab..

   Anyway..polis sendiri suruh tukarkan nama Kelab ni.Antara cadangan yg diberi oleh pihak PDRM ialah.. Airsoft Satu Malaysia. Walaupun TMA tu bunyi mcm dah cukup ok, ASAM pn ok la gak asalkan dorang setuju nak coop dgn kelab. Sekian, Wassalam.

P/S: Bukan nak bertekak tapi mmg kenyataan..Negatif sungguh!!

Might issue this thing to Bukit Aman for their evaluation.. Marui Boy G36. Ade org nak sponsor ke? 

Wednesday, October 13, 2010

Update~

Esok ada appointment pukul 09.00 pagi dgn ASP Shahabudin, ASP bahagian pentadbiran IPD PJ. Mungkin tujuannya utk melakukan tinjauan kat premis/Club House kita. So apa2 pn ASP IPD Sentul mmg nak bagi restu..cuma TOLONG la jagan ade sesape pn yg salahgunakan Airsoft nnt. Buruk nama abg kesayangan aku..ish ish. Anyway, the good thing is abg kesayangan tu mmg kenal sgt dgn Pn Noorsiah. Tadi call dia suruh letakkan aircond kat sebelah Pn Noorsiah..bagi sejuk sikit hati Pn tgk proposal tu nnt. Maklum la, Baju polis kan tebal..tambah pulak masalah, lagi la panas :D apa2 pn doa dari u all sume yang paling penting..Semoga kita berjaya nanti. Amin.

Tuesday, October 12, 2010

Haaa~


Ty la Bro Zairi.. Rasenye banyak2 yg hijau tu paling menarik..hehe. Tapi yg version ni plg perfect la rasenye..

Bendera kat blakang tu = Malaysia.
Topeng/mask = Safety 1st :p
AK47 = melambangkan senjata airsoft
Keris = Melambangkan perlembagaan Kelab.
Warna Hijau = susah nak explain tapi lebih-kurang warna yang sejuk dek mata memandang la...

Update daripada PDRM..

Saya baru sahaja menerima respond baik daripada Puan Noorsiah Pegawai atas bahagian perlesenan Senjata Api Bukit Aman (PDRM). Mereka meminta segala dokumen penting bagi menyokong permohonan tersebut. So peringkat seterusnya adalah berurusan dengan IPD PJ. Bagi tujuan ujian, penilaian dan sebagainya keatas Airsoft, saya akan susuli perkara tersebut semasa berjumpa dengan IGP nanti. Kalau dorang test Full Metal GBB M4 mmg susah la nak lulus nanti..

Sekian, Terima kasih..

Attention plss~

Kepada nama2 yang tak ada dalam senarai, sila email kat saya info semula pasal member list kene virus.. Ty..


Ali Bin Soid
Muhamad Khairul Izzuan Bin Hassan
Mohd Luqman Bin Ali
Mohd Sayuti Bin Zahari
Nurul Fadhillah Bte Ali
Maurice Ryan Downs
Haizam Bin Mohd Kassim
Khairul Ariffin Bin Sulaiman
Mohd Faizal Bin Mohammad
Muhamad Azri Shah Bin Shafri
Nurul Dalilah Bte Ali
Muhammad Azmin Bin Mohd Radzi
Foo Jun Ne
Wong Chee Wui
Liew Hon Keat
Lucas Chan Sze Loong


Nama,Jantina,IC,Pekerjaan,Alamat Majikan,Alamat Rumah,No. Tel,Rumah/Pejabat,No Tel H/P,E-mail.. Email ke sudir_sa80a2@yahoo.com

12 October 2010

Supposed to be yang semalam punya update tapi agak busy untuk nak post.. sorry.

1: According to IHO (Ketua polis meh..) PA, dorang tgh buat "research" untuk nak tetapkan tarikh appoinment dengan IHO. Better kalau lambat sikit sebab nak kena 150% rdy to face with him.

2: Saya tgh tunggu email dari kementerian Perlancongan untuk mendapatkan surat sokongan. Tak perlu nak diberi tahu kenapa dan apa kait mengait dengan Kementerian Perlancongan sebab ramai yang akan kritik nanti. Kalo nak tau, tanya didalam YM Conference yang akan datang.

3: Saya juga tgh tunggu respond daripada Kelab "luar" (non airsoft) untuk merging their activity dgn airsoft IF kita berjaya tubuhkan kelab.

4: Permohonan Kelab hanya boleh diproses pada bulan hadapan memandangkan proses tersebut melibatkan mesyuarat oleh MSN, so mesyuarat pada bulan ini sudah berlalu.

5: Some of the club document got infected by a virus but the proposal still in a good condition...iam still working to fix it atm..sorry.

Thx..

Attention!!!

Kepada sesiapa sahaja yang nak bagi comment yang tak "develope" langsung tu...lupakan lah niat Tuan/Puan. Bukan takleh komen tapi tolong la gunakan akal. BENAR!! memang saya dalam usaha keras untuk nak legalizekan airsoft. Memang MASOC dah gagal sebelum ni. Tapi tolong la ikut perkembangan semasa ek? Dulu masa zaman MASOC, PM = Tun Abdullah Badawi, Vice dia = Dato' Seri Najib, Ketua Polis = Tan Sri Musa Hassan. Tapi tu dulu..even dorang punya cara pn lain dari yg saya buat. totally.. Sekarang PM = Dato' Seri Najib, Ketua Polis = Tan Sri Hj Ismail which i belive their view on airsoft is diff. Nak tunggu airsoft ni jadi legal, kiamat pn tak dapat kalo tak fight. So kenapa ada Airsofter2 tegar macam ni tapi nak tunggu disuap baru nak kunyah??? sorry to say that but thats the fact. i have enough registered members to keep this going on so...yg suka sgt nak kritik2 tu, tak join pn takpe la...be happy with ur underground play. I belive that this is not what our members want. we can get all kind of airsoft we want and we can be underground player aswell.."if we want" but all we want is a freedom to play airsoft!! bukan main sorok2. Claimed sebagai airsoft yg "non newbie" tapi tak professional gitu? Even dadah pn boleh di"legalkan" kalo mintak dengan cara yang betol2 proper dan munasabah. Thx..

Monday, October 11, 2010

Salam semua...

Kelab kita memerlukan ramai lagi ahli "BERDAFTAR"...oleh itu kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli kelab, sila email kepada saya ( sudir_sa80a2@yahoo.com ) detail anda untuk dimasukkan kedalam senarai ahli2 kelab dibawah Suruhanjaya sukan. Detail2 yang diperlukan adalah seperti berikut..Sekian terima kasih.

P/S: Tiada yuran ahli dikenakan sehinggalah kelab didaftarkan secara rasmi oleh Suruhanjaya sukan.

1: Nama Penuh
2: Jantina
3: IC
4: Tarikh & Tempat Lahir
5: Pekerjaan
6: Nama Dan Alamat Majikan
7: Alamat Kediaman
8: No Tel Pejabat/ Rumah
9: No. H/P
10:Email

Sunday, October 10, 2010

Penting..

Saya akan adakan live conference pada pukul 8.00 malan esok (11 October 2010) melalui Yahoo Messenger. So kalo ada sesiapa yang nak join untuk bertanya apa2 soalan, boleh la join ey? sebelum join, kena add friend dulu. add loan_basikal@yahoo.com lps tu pm saya untuk join. Ni declare sebagai 1st virtual meeting la. ty

Another Patch..




Lets make a vote on which patch is our choice...

Friday, October 8, 2010

My fav bullpup


This is a British L86. I used to ask the British soldier when i was in the DSA 2008 to take a pic with their L86 and somehow 1 of them just go to the back stage and then...jenjenjenzzzz he bring out his gun and he give it to me just like giving a toy lol. Wonder what u'll get if u ask the ATM about their Styer.. hmm O,o?

08 Oct 2010~

I have to go to Bangi today...to bring home my sister. She have a car but she's too afraid to drive from Bangi to Sungai Buloh... haha. well...nothing much to say. See u guys later~

Thursday, October 7, 2010

ICS update..

I just received an email reply regarding to be an Airsoft supplier for our club. ICS is among the AEG type that we will deal with since all of their gun have a unique Serial number. The current PDRM regulation that i know is all the airsoft must have the unique serial number to be able to register in their database.

Plss Vote..

there is a poll under the followers list...plss do ur vote. this will be attach on the proposal soon. thx

latest Update..

Secara unofficialnya saya sudahpun mendapat sokongan bagi penubuhan kelab dari OCS Sanders (Ketua Balai Kelana Jaya) dan Dato' kesayangan ASP Rejab (Balai polis Sentul) dan untuk mengukuhkan lagi proposal saya, ASP rejab akan membenarkan saya melawat Stor mainan beliau (senjata la...hehe). Spec stor simpanan yang tepat adalah sangat diperlukan bagi menyimpan senjata yang bakal kelab miliki seperti Sniper Rifle dan Side Arm. Mengikut OCS Sanders, adalah agak sukar bagi PDRM untuk membenarkan ahli kelab memiliki side arm kerana side arm lebih cenderung bagi kegunaan merompak (biasanya orang tak merompak pakai G36 ataupun Bazooka..mcm tu lah kan... haha). Oleh itu saya akan menulis sendiri surat sokongan daripada OCS Sanders can seterusnya meminta beliau untuk menandatangani surat tersebut secepat yang mungkin memandangkan ASP Rejab kita masih bercuti untuk menjaga baby yg baru lahir..tapi beliau adalah jiran saya so..anytime pn boleh kan? :)

YESSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

YAHAHAAA.... Tan Sri Hj Ismail akhirnya menjawab email saya dan mahu mendengarkan proposal yang akan dibentangkan...alhamdulillah. So nak kene buat temu janji ^_^ hehe.... Guud luck guys~

Patch~




Berikut merupakan logo yang dicadangkan oleh saudara Zairi Ismail..terima kasih. 

Wednesday, October 6, 2010

Meeting with a MASOC

Either on this weekend or next week, i'll meet with a of the MASOC team. Since our goal is quite same, so hopefully they will help us on this thing. We have to do this on a proper way and without any mistake. May god bless us..

Logo Kelab

Salam semua.. memandangkan didalam borang pendaftaran pertubuhan kelab memerlukan logo kelab, jadi kalo boleh sesiapa sahaja yang kreatif didalam melakarkan logo, tolong la ey? .. Mungkin saya akan cuba untuk melakarkan logo kelab malam nie menggunakan photoshop..tapi takut tak cantik je la kan? Ingat nak buat lebih kurang macan ni la..

-background = rifle bersilang.
-depan = topeng airsoft.

ataupun yang paling simple gambar keris bersilang dgn rifle.. melambangkan airsoft + tanah melayu :p


any idea???

Tuesday, October 5, 2010

Airsoft Cabinet




Berikut merupakan contoh kepada "Weapon Cabinet" yang akan digunakan bagi menyimpan Airsoft... which i belive PDRM pn tak pakai yg macam ni utk simpan M-16 dorang.. lol

Latest Update..

Baru je lepas hantar Surat Rasmi melalui E-mail kepada Y.A.B PM, YB Menteri Dalam Negeri dan Y.A.B Menteri Negeri Selangor bagi tujuan untuk mendapatkan surat sokongan bagi penubuhan kelab..
Doa je la semoga berjaya..

Monday, October 4, 2010

Airsoft Serial Number!!

Oleh disebabkan sesetengah pihak mungkin tertanya tanya samada Airsoft mempunyai serial number untuk diregister ataupun tidak, sila rujuk link dibawah...terima kasih.

http://icsbb.com/web_e/html/02_products/show.aspx?kind1=3&kind2=19&kind3=24&num=341


Syarat-syarat untuk memiliki Airsoft

seperti yang En Alpha Wolf Tango Whiskey cakapkan didalam comment beliau, sebenarnya didalam proposal yang saya sedang siapkan, semua perkara tu dah memang sedia ada. sebagai contoh; Bagi ahli yang ingin membeli, memiliki dan menyimpan, mereka hendaklah memberi dokumen2 seperti yang berikut kepada kelab bagi tujuan keselamatan:


1.Berumur 18 tahun dan keatas sahaja.

2.Diwajibkan berdaftar sebagai ahli kelab.

3.Pembelian hendaklan melalui kelab SAHAJA.

4.Setiap pembelian wajib disertakan dengan
  salinan kad pengenalan ,slip gaji 3 bulan
  terkini*, surat jawatan tetap*,penjamin dan 3
  keping bil elektrik/air bagi tujuan pengawalan
  dan keselamatan.

  - Slip gaji RM1,000.00 kebawah  = 3 orang penjamin.
  - Slip gaji RM1,500.00  kebawah = 2 orang penjamin.
  - Slip gaji RM1,800.00 kebawah = 1 orang Penjamin.
  - Slip gaji  RM1,800.01 keatas = Tanpa penjamin.

  - bagi yang bekerja sendiri (tiada Payslip/surat penetapan jawatan) = 3 orang penjamin.

5.Setiap Airsoft diwajibkan berdaftar melalui kelab masing-masing.

6.Dilarangan menggunakan Airsoft dari 8.00pm – 9.00am kecuali mendapat keizinan dari Kelab/pihak
   berkuasa bagi tujuan permainan malam (Night Game).

7.Setiap pemilik Airsoft diwajibkan melaporkan status Airsoft masing-masing kepada kelab setiap 4 bulan.
   Dan seterusnya kelab akan melaporkan status Airsoft yang didaftar kepada pihak berkuasa setiap 6 bulan.

8.Diwajibkan menyerahkan Airsoft kepada Balai polis berhampiran/kelab sekiranya keahlian lucut (dengan
   kerelaan) atau dilucutkan (kerana melanggar peraturan seperti perilaku jenayah).

Berikut merupakan petikan yang saya ambil didalam proposal yang saya sedang siapkan. Mungkin agak menyukarkan bagi sesetengah pihak tetapi inilah cara yang terbaik bagi meyakinkan pihak2 tertentu untuk tujuan legalizekan sukan airsoft di negara ini. Dan berkemungkinan syarat yang ke -7 akan dibatalkan jika mendapat persetujuan dari pihak berkuasa.

Incoming Airsoft Game!!

Berikut merupakan senario2 yang bakal dilalui oleh airsofter2 jika kelab berjaya ditubuhkan..ni just planing je la kan.. Kita akan sewa satu resort then adakan game besar mcm ni (Idea ni mungkin menyerupai idea sesiapa sahaja yang kaki dalam mengatur strateri peperangan)...

1. Team A akan menaiki Boat dari jeti berhampiran..dan akan bertempur dengan team Marshal (just untuk menghidupkan situasi sahaja).



2. Separuh daripada Team B akan berkubu di persisiran pantai.


dan separuh lagi daripada Team B akan mengawal Hostage (presiden).



3. Objektif utama adalah menyelamatkan Hostage (Presiden) manakala objektif kedua adalah memusnahkan kubu Team B. AWAS!!!! anda mungkin terkeliru dengan anggota Team B yang menyamar sebagai hostage!!.

4. Hostage (Presiden) hendaklah dibawa ke jeti menaiki bot.


Team A dan Team B akan bertukar kedudukan diantara satu sama lain selepas game tamat.. so kedua dua pihak dapat merasai situasi2 yang berlainan..


Walaubagaimana pun ini merupakan idea sahaja..takde kena mengena dgn yg masih hidup ataupun yang "masih" mati.. Mungkin untuk game ni, Paintball BB Pallet akan dibekalkan (terhad) tetapi pada yang nak lebih tu boleh gak kalo nak beli sendiri.. yang pasti untuk game macam ni Kelab takkan bekalkan Airsoft pasal warranty Airsoft leh terjejas (masuk air ke...pasir ke...batu ke..ketam ke...)

Ahli Diperlukan

Kita Masih kekurangan Ahli untuk mendaftar kelab kelab ini dibawah Kementerian Belia dan Sukan..Kepada sesiapa yang ingin membantu dan berminat, sila contact saya. Detail diperlukan bagi mengisi Borang Keahlian AJK Kelab..sekian terima kasih.

Muhaymin Bin Ali
019-6951043
sudir_sa80a2@yahoo.com / loan_basikal@yahoo.com

Wednesday, September 29, 2010

Update



Proposal dah 90% siap...esok nak call Ketua Polis Negara Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar untuk mendapatkan cadangan...Hopefully Tan Sri setuju la.

Friday, September 24, 2010

Hopefully they will legalize this...






This is what we want!!

thanks..

Thx to Ibnu,Kuyup and bakhtiar for joining us in this blog...

Maaf la...



YAB Dato' Seri Najib Tun Razak skrg berada di New York, USA bagi tujuan lawatan rasmi selama 7 hari. So nampaknya tergendala kejap projek penubuhan kelab ni pasal saya nak mintak surat sokongan dari Dato' since sukan Airsoft ni baru kat Malaysia nih. Lagi pn yg ni merupakan Kelab pertama yg akan ditubuhkan..so kene la buat dengan teratur. Atlease kalo Bahagian perlesenan senjata api Bukit Aman tetibe je wat susah nak bagi lesen, dgn adanya surat sokongan tu senang la sikit... Anyway sama2 lah kita doakan semoga Dato' Seri Najib Tun Razak selamat pulang..amin. 

emmm..

Hari nie saya akan berjumpa dgn pemilik kedai untuk berbincang ape yg patut smbil2 minum kopi. Lokasi kat Lot kedai Kg Melayu Subang (Sebelah Balai Polis Kg Melayu Subang) , atas farmasi. Tapi tak la 100% sure lg. Ade rezeki, ade la..

Thursday, September 23, 2010

Illegal nye Airsoft... DONT ask me why.









Yang jenis ni dan Family serta keturunannya memang takleh la. Kalo polis nampak tak pasal2 nnt dorang ingat yang real. Beringat sebelum masuk "i see you". Tu pun kalo bernasib baik la kan? Yang ni mostly FMB nye so kalo dapat la... confirm tinggal girlfriend.

Senjata Airsoft yang sedang di timbang tara statusnya (boleh/takboleh buat masa nih)
















































































































































Okeh... sume jenis yang kat atas ni pulak, sedang dalam proses timbang-tara. Kalo nasib baik, boleh la pakai. Kalo tak, nak pakai leh gak tapi tanggung sendiri.. Tapi yg kat atas ni tak la totally illegal "sangat" especially M61 Vulcan tu pasal takde kot orang yg dalam malaysia ni sanggup pakai yg real nye..

Airsoft yang boleh digunakan oleh ahli kelab buat masa ini..


































Untuk peringkat permulaan, berikut merupakan senjata Airsoft yang dibenarkan buat masa ini. Walaubagaimana pun, semua jenis Airsoft yang beroperasi menggunakan gas adalah tidak dibenarkan buat masa ini.

Ciri2 senjata Airsoft yang dibenarkan:

1. Tidak berskala penuh* (hanya dibenarkan bagi senjata yang berbadan "Transparent"/ lut sinar seperti M4 dan M9 Beretta yang ditunjukkan diatas)
2. Mempunyai "Red Tip" ataupun muncung berwarna merah/oren.
3. Tidak memiliki ciri2 dan bentuk seperti senjata sebenar.
4. Full Metal Body adalah tidak dibenarkan (Buat masa ini).

So...kepada yang "Full Metal Body" maniac tu, hold2 la dulu ek? macam Paintball la gak. masa baru2 dulu sume pakai marker yg tengok pn takde nafsu nak usik. Tapi lepas 1-2 tahun, Marker yang exectly macam M4 pn korang leh beli kat kedai2 paintball (ofc la dalam Malaysia nih).