Monday, November 22, 2010

FORUM REGISTRATION

Pendaftaran forum akan di approvekan secara automatik utk non-official members.

untuk menjadi official member, mesti baca dalam topic "Official Member Application" dalam topik "Recruit's Quarter" dalam tu ada cara2nya mcm mana... tapi apa2 pun daftar jadi non-official member dulu.

PERINGATAN:

pengurusan forum ASC akan melakukan 'pembersihan' senarai ahli SEBULAN sekali. mana2 ahli yg idle selama sebulan yakni tak terlibat secara aktif dalam forum akan 'dibersihkan'. pendaftaran akan dibatalakan.

terima kasih.

Sunday, November 21, 2010

BDU color poll dalam forem.

Jadi members sila la ke sana dan jalankan kewajipan anda. Vote wisely and take every aspects into consideration.

Saturday, November 20, 2010

Forum launched...


The forum is up and running.

Please visit http://airsoftshootingclub.forumclan.com and start registering as forum members.

Please read the rules & regulations in the "Recruit's Quarter" topic.

Club members that already give their particulars to Lizard, are also required to submit the needed documents for club's database and to obtain the status as Official ASC Members.

Please read the related topic in the forum for more details.

This blog will be close soon and the forum will replace it.

Harap maklum.

Wednesday, November 17, 2010

Meeting di Kelana Jaya!

Sudah tukar!

Meeting hari jumaat malam sabtu ni kita buat di area BUKAN di Sg. Buloh sebaliknya di KELANA JAYA.. So kepada sesiapa yg nak bawak kengkawan dari KDN/Bukit Aman, sume dijemput... segala info berkenaan dengan meeting bersama Tunku akan di exposekan. So sila la hadir kalau nak tau.. Ty.

Jumaat malam sabtu (19/11/2010)
SgBuloh  KELANA JAYA
Pukul 8.00pm
anything just call me la.. 019-6951043 and me too la 019-3380933 (suppress) for exact location.

Please bring along PEN & PAPERS to write down important notes.
Food and drinks are not provided. Pay your own food and drinks. Thanks.

Monday, November 15, 2010

CLUB UNOFFICIAL MEETING / TT SESSION

Salam semua.

Kelab akan mengadakan mesyuarat tak rasmi dalam masa terdekat untuk membincangkan beberapa perkara penting dan diharapkan semua ahli dapat memberikan kerjasama dan menghadirkan diri dengan ikhlas dan penuh senyuman manis yg menawan.

Mesyuarat akan membincangkan beberapa perkara penting yg kendian akan diterangkan ketika mesyuarat.

Tarikh: 19/11/2010
Masa: 8.00pm (jangan lewat)
Lokasi: Kelana Jaya (please call Lizard for exact location)

Saturday, November 13, 2010

Latest Update on Lizard meeting with IPSC

Setelah perjumpaan dengan Presiden IPSC Malaysia berjalan lancar, Lizard menerima response yg sangat memberangsangkan.

Antara lain ialah Kelab ini akan didaftarkan dibawah IPSC dan IPSC juga akan membuka satu division airsoft yang berdaftar di bawah kita untuk menubuhkan kelab airsoft di Johor.

Presiden IPSC bersetuju untuk melanjutkan isu menghalalkan airsoft di Malaysia kepada Dato' Sri Hishamuddin Onn agar satu tindakan konkrit dapat diambil agar isu ini dibangkitkan secara positif serta merangka samada akta atau satu undang2 khusus untuk menghalalkan airsoft.

Ada beberapa isu lagi yg dibincangkan ketika perjumpaan tersebut yg kendian akan diterangkan lbh detail lagi oleh Lizard.

Beliau mengucapkan terima kasih pada yg membantu serta beliau kirim salam je pada semua disebabkan beliau masih di Johor dan xde akses kepada internet.

Satu langkah lagi mendaki puncak dan tak lama lagi sampai la tu!

-Suppress

Thursday, November 11, 2010

latest UPDATE from IPSC...

Dear En. Muhaymin,

With reference to you request below and our upcoming meeting this Saturday, please kindly bring along your working papers, proposal, requests and also all relevant paperwork and certification where applicable by the Sports Ministry of Malaysia as I would like to go through them before I give my approval or consent.

Looking forward to meeting up with you.

Regards,

YBM Tunku Abd. Jalil Osman
Regional Director
IPSC Malaysia
DVC

Financial Assistance Needed

Encik Lizard Hunter akan mengadap Presiden IPSC Malaysia weekend nih di Johor untuk mintak recognition & jugak recommendation demi melancarkan usaha ke arah legalization sukan airsoft di Malaysia.

Oleh kerana nak kesana memerlukan perbelanjaan yg boleh tahan seperti transportation dan penginapan, dan memandangkan saudara Lizard Hunter pun sedang agak kenipisan saat nih, maka mohon jasa baik sesiapa sahaja terutamanya ahli kelab untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk wang ringgit seikhlas yang mungkin.

There's no amount too small dan semoga Tuhan membalas jasa baik kalian.

Sumbangan ikhlas boleh la disumbangkan melalui akaun CIMB:

12290089937521 Muhaymin bin Ali


atau ke akaun Maybank:

162740109058 Nurul Dalilah bt. Ali


Sekian, terima kasih.
-Suppress

Cancel...

Everything yg plan nak buat on Saturday dgn Sunday ni, Cancel... i nak kene Jumpa dgn Pengarah IPSC Malaysia berkenaan Airsop kat Johor.. sowwie...

Wednesday, November 10, 2010

adik + abang

Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu....hmmm..;(Boleh like, share, comments.:)

 Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanjang perkahwinan aku..Aku x tenang..Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

 “Khas buat abangku,Abg, ko ingat lagi x..Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada  satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu.. Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

 “ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

 Ko ingat x..

 Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

 Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku. Abg, ko ingat x.. Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

 Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

 Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..
Abg,
Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..Salam sayang,
 Adik.”

 Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

 “Assalamualaikum.
.Kehadapan adikku yang jauh di mata ..Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

 Adikku sayang..
Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

 Adikku sayang..
Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..
 Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

 Adikku sayang
,siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

 Adikku sayang,
aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,
Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selepas kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..
Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

 Sayangku..
Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

 Adikku sayang..
Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan....

- Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.
-Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.
-Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.
-Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.
-Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.
-Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

 Adikku sayang..sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..Salam sayang sedalam-dalamnya,Abang.”

 Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku…

Komitmen aku...

Salam,

Aku merupakan salah seorang Ambassador product baru TM "UNIFI" kalo korang tak caye, check sendiri melalui TM nye DB. Sejak berkecimpung dalam proses legalization ni, to be honest, every meeting UNIFI ambassador, aku skip pegi nganta borang lah, pegi IPD la...IPK la..Bukit Aman la.. sampaikan aku pn dah terkantoi dgn boss sendiri. TM Berhad ada satu system evaluate staff nye performance...so dlm system tu performance aku mmg drop...under 40% means...aku takkan dpt nyambung kontrak sbg staff TM menjelang hujung bulan 3 nanti...  Tapi aku tak penah pn merungut pasal memang ni projek yg aku sendiri buat..so kene tanggung. Sebagai manusia yg ada otak, atlease appreciate la sikit usaha aku yg tak seberapa nih..jangan nak ngondem je. Aku pn ade gak hati dan perassaan..kalo korang dok kondem, ibarat usaha aku sebelum ni mcm sampah. Sape tak marah? Mungkin korang tak dapat rasa ape yg aku rasa...Project tak tentu lulus..tp Kerja dah tentu tamat bulan 3 nanti.. Bukan nak mintak simpati...tapi gunakan otak yang tuhan bagi. TOLONG fikirkan masalah orang...aku ade gak life. Kalau ikutkan hati, dah lama aku tinggalkan bende ni sume...tapi kenangkan members2 yg slalu sokong tu, aku go on gak.. Duit dah banyak habis setakat ni..aku tak penah mintak se-sen pn daripada korang! BISNES?? baru bercadang nak markup price airsoft, dah beribu orang kondem...tu pun markup bersebab.. Finally, pade sesape yg nak mengondem tu, aku mintak maaf awal2 lg pasal for sure aku akan melenting..pasal? bace balik kat atas tu ape masalah aku...sume dah cerita. Ty..wassalam.

Tuesday, November 9, 2010

respond dari PPSM

Baru je lps dapat surat cinta dari PPSM yg mengatakan;

Dengan ini dimaklumkan bahawa surat tuan berkaitan pendaftaran kelab telah selamat diterima dan telah mendapat perhatian pejabat ini untuk tindakan selanjutnya.

Daripada: Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia...

Hopefully everything will be fine la...anyway, sy nak sorang dua untuk teman jumpa Pengarah pesuruhjaya sukan nnt...untuk present tentang airsop..kalo ada experience tentang penbol pn ok la.. lebih kurang sama je 2-2 tu.. 

Monday, November 8, 2010

Barang baik punyer..

Black SWAT Knee + Elbow Pads



RM50 + postage

Klu nak kol/sms penjual:
ZAM 012-942 1869

Aku nak share je, tak dapat komisyhen pon. Sebab barang baik harga pun murah, baik geng2 rembat sebelum habis. Biasa aku jumpa pun dalam RM70-RM80.

Thursday, November 4, 2010

Sape yg nak join plss vote kat sbelah...

Vote skali je...less than 10, cancle je...ramai yg ada program katak lak tiba2...
VOTE SKALI JE

Call Of Duty!

DiceUp & GhostRecon report ur Sitrap to Alpha Kilo Uniform tut tut tut..

Date: 6 Nov 2010
Time: 9am
Mission: Seek & Destroy.
Location: CLASSIFIED..
FPS LIMIT 450FPS!

Wednesday, November 3, 2010

Tuesday, November 2, 2010

Video Request

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sesiapa dan barangsiapa yang hadir ketika sesi pembuatan demo utk suruhanjaya sukan, dan berkehendakkan video versi low res, sila email kepada hamba, pacal yg mulia di zairi.ismail@gmail.com

Sekian terima kasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Monday, November 1, 2010

DiceUp

Dapat hint dari kawan aku pasal problem AK smalam..

1. Shim tak buat leklok. So try buat shimming balik. kalo gearbox tu terlalu stress, fius leh tebakar gak.
2. Gearbox jam. Lebih kurang mcm kat atas tu gak la...
3. try bypass wire tgk leh gerak tak motor tu...kalo boleh, soh dia letak fius yg lagi besar...pakai yg kete kebal nye fius ke..kapal selam nye fius ke...
4. kalo takleh gak..tu dah mcm msg dari russia soh beli AK baru la tu :D